Thursday, January 1, 2009

Ranking Seachild

Ranking ni adalah idea asal gua dan rilz, lepas Critical SeaChild ditubuhkan, gua fikir tak best kalau setakat nama je yang gempaq, kalau ada pertandingan ala-ala fear factor baru ada thrill, so kitorang putuskan setiap ikan yang ditawan oleh seachild akan dirankingkan untuk menentukan tahap skill crew-crew seachild.

Ranking ni bukan gua suka-suka kasi.... tapi gua dapatkan persetujuan geng-geng yang lain dulu, untuk pengetahuan luorang... nak masuk dalam ranking ni... ada dia punya syarat-syarat dan spesifikasi yang dipersetujui oleh semua seachild melalui cakap-cakap kosong kat kedai pak sarip. Gua takda masa nak adakan mesyuarat dalam bilik mesyuarat ofis gua yang besar tu, mana gua nak carik duit jamu kuih karipap dengan tea-o sejuk?

Ikan-ikan yang boleh dimasukkan dalam ranking mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Ikan air masin, air tawar, air kolam, air paip dan tali air kat sawah. Ikan akuarium? nak kena terajang?
  2. Ikan yang sihat bentuk badan dan fizikalnya, ikan takda sirip yang kena makan jerung atau ikan yang ada sakit batuk kering tidak dikira.
  3. Ikan yang dapat dikenalpasti spesis dan jantinnya. Takkan lu orang tangkap berudu nak gua masukkan dalam ranking kot?
  4. Ikan yang boleh dibuat gulai, digoreng atau dipanggang untuk dibuat makan-makan. Ikan yang tak boleh makan tak diambil kira. Woi.. buntal dengan belacak tak kira woiiii...
  5. Syarat-syarat lain akan diupdate dari semasa ke semasa, lu orang kalau ada idea boleh kasi tau gua... gua pertimbangkan


THE RANKING :

1
Rilz
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
11
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama, bebulus, sembilang, gerut-gerut

2
Firazzurri
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
senangin, ikan lembu, ikan duri

3
Sir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
8
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
Gelama, ikan duri

4
Ayie
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
4
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama

5
Kir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
0
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
belum ada woi... blur

6
Hadi
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
3
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama

7
Zaini
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan Duri, Gerut-gerut

8
Azman
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
2
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan Duri, Belukang

SeaChild's Crew

Gua dengan berbesar hati.. memperkenalkan barisan Seachild yang kacak dan hensem...

1

Nama dalam IC : Azrill Bin Mohd Hanifa
Nama SeaChild : Rilz




2

Nama dalam IC : MohamadFirdaus Bin Samsuddin

Nama SeaChild : Firazzurri






3


Nama dalam IC : Mohd Nasir Bin Daud

Nama SeaChild : Sir





4


Nama dalam IC : Sukhairi Bin Sharudin

Nama SeaChild : Ayie




5


Nama dalam IC : Mohd Zakir Bin Ahmad

Nama SeaChild : Kir




6

Nama dalam IC : Hadi

Nama SeaChild : Hadi




7

Nama dalam IC : Zain

Nama SeaChild : Zaini






8


Nama dalam IC : Azman

Nama SeaChild : Man





anda mencari number telefon mereka..?? sila rujuk direktori TM untuk maklumat lanjut...

Spesis Ikan....

Lu orang pun tau... ikan kat dalam dunia ini ada beribu-ribu spesis... jadi untuk menambahkan ilmu alam lu orang.. gua dengan berbesar hati mau kasi sedikit penerangan mengenai spesis-spesis ikan yang berjaya ditawan oleh Seachild...

Luorang kalau nak ilmu tu lebih, amik pen dan kertas... catit apa yang gua tulis kat sini, lepas tu rebus kertas tu luorang kasi curah dalam akuarium... teknik ni dapat membuatkan ikan-ikan dalam akuarium lu orang mengenali spesis-spesis saudara mara mereka.

Gua dah nak mula dah ni.. dah amik pen dan kertas blum..?? ceh.. lembab... tkpa la lantak luorang la.. gua dh nak mula.. luorang pandai-pandai la...

Semilang
Nama yang diberi saintis : Plotosus
Nama yang diberi orang putih : Catfish eel

SenanginNama yang diberi saintis : Eleutheronema tetradactylum
Nama yang diberi orang putih : Four finger threadfin

Ikan Lembu / Ayam
Nama yang diberi saintis : Saintis belum bagi nama
Nama yang diberi orang putih : orang putih tak kenal ikan ni,.

Gerut-gerut
Nama yang diberi saintis : Promadasys
Nama yang diberi orang putih : Grunter

Bebulus
Nama yang diberi saintis : Unkwnow
Nama yang diberi orang putih : Unknown


GelamaNama yang diberi saintis : Sciaeria
Nama yang diberi orang putih : Jewfish


DuriNama yang diberi saintis : Tachysurus
Nama yang diberi orang putih : Marine Catfish

Ketuka
Nama yang diberi saintis : Himantura Walga
Nama yang diberi orang putih : Dwarf Whipray