Showing posts with label seachild. Show all posts
Showing posts with label seachild. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

Cubaan pertama....

Kali pertama Critical Seachild buat casting ialah pada pagi sabtu yang hening gua dah tak ingat tarikh... gila apa gua nak ingat tarikh-tarikh yang kurang penting, kadang-kadang tarikh Penang ditawan francis light pun gua boleh lupa... geng gua yang kaki pancing digelar seachild, macam orang Britain tak..??

Pagi tu... kira-kira lepas sembahyang subuh lebih kurang pukul 7 pagi, seachild yang rata-rata solat subuh lepas waktu tu berkumpul di tapak perjumpaan, tapak tu tak jauh mana pun, dekat ofis gua ja. Tapi gua musykil apasal semua datang pukul 10 ni..?? nak kena terajang..??

Sabtu tu 3 orang seachild ja dapat meneruskan projek memberi ikan makan, yang lain membuat projek dalam ladang masing-masing, projek apa gua tak tau. Seachild meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah kenderaan yang mewah, proton wira automatic warna kelabu. Tempat casting untuk kali pertama ni agak jauh, kepala seachild yang cadang port tu. owh, gua lupa nak perkenal... kepala seachild yang dilantik tanpa sebarang mesyuarat yang ada kuih-kuih ialah arel, gua secara tak rasmi lantik dia sebagai kapten pasal dalam geng seachild ini arel sorang saja yang pandai buat perambut kaler-kaler, yang lain hampeh, takat ikat ladung boleh la.


kapten arel, dengan salah seorang pengasas seachild yang bawak kereta wira kaler kelabu, nasir..


Tempat yang dituju, tepi pantai shamrock kat batu feringghi, gua bukan nak angkat negeri gua sendiri la, tapi pantai shamrock tu dia punya status kejernihan air berada pada paras yang kalau ikan lalu betul-betul depan mata pun tak boleh nampak. Memulakan operasi dengan langkah kanan, seachild bergerak ke port dengan hati yang kental untuk menawan pelbagai spesis air masin. Gua dah tak sabar... seingat gua ini kali pertama gua casting dengan peralatan memancing yang lengkap termasuk ladung dan mata kail import yang tahan karat. Rod gua beli yang murah, bajet ketat, reel plak ada brand 'sure catch' kalau tak dapat ikan gak kang gua patah-patahkan gak rod gua tu. Gua bukan reti ikat rod sangat, gua mintak bantuan skill ikat-mengikat dari kapten arel yang tak berapa ada sifat kekaptenan tu, tapi kira orait la arel sudi membantu, kalau tak, gua balik naik bas saja.

Gua dengan penuh semangat serta muka berseri-seri membuat satu lontaran tinggi, gua suspek lagi tinggi dari lompatan roslinda samsu melompat galah, yang gua heran... ladung gua tak jatuh-jatuh gak ke laut setelah 7 saat gua menanti dengan sabar, gua dah mula syak sesuatu yang kurang baik terjadi, ni mesti kerja jin laut rampas ladung gua buat makan tengahari. Sekali kapten gua cakap, "oit, lu tgk atas" gua pun dengan tak semena-mena tengok atas mana tau umpan gua disentap burung helang, sekali gua tengok, ladung dengan kail terjuntai kat atas ranting pokok, sungguh gua tak sangka, tangsi gua sedang mengikat kemas pokok ketapang kat port seachild memancing. Gua bukan nak mengait kelapa, ceh. Gua dah mula tak sedap hati, gua cuba sekali lagi, ah... sangkut pokok lagi. Gua ingat lagi pesan Ustaz Suhaimi, sabar itu sebahagian dari iman, gua cuba dan terus cuba, akhirnya, kail gua berjaya jugak mencecah laut, fuhh, lega..

Seachild yang lain, sibuk dengan aktiviti memberi ikan makan, tapi seekor ikan masin pun tak dapat tangkap. Tiba-tiba seachild bernama nasir berteriak girang, oit..oit... ada..ada.. "ahh, sudah la lu sir, ada apa..?? lu ada-ada saja"... kutuk gua. Sir dengan penuh konfiden... "oit, ada la.. gua rasa gua dapat sembilang besar ni, lebih 2 kilo ni.." nasir pun meneruskan perjuangan berlawan dengan spesis laut yang masih belum dapat ditentukan spesisnya... setelah hampir seminit, akhirnya, nasir berjaya menaikkan seekor anak ikan yang comel, anak ikan buntal yang mirip dengannya. Muka nasir dah berseri-seri macam baru nak sambut malam pertama, gua pun turut berbangga dengan nasir, kerana berjaya menaikkan seekor anak ikan buntal yang sihat dan comel macam tuannya.


si buntal dengan tuan barunyaa....

Setelah hampir 2 jam berjemur ditengah panas dipukul ombak bergelora, tiba-tiba langit bertukar mendung membawa hujan yang sangat lebat, seachild sepantas kilat packing dan mencari tempat perlindungan sementara, mana tak nya, kereta paking sekilometer jauh. Sebelah pot tu ada gerai makan, seachild berlindung disitu, tengah sejuk-sejuk ditiup angin dan hujan lebat, suatu bau yang enak meresap ke dalam hidung masing-masing. oit, jom... laksa.. maka setelah puas memberi makan ikan, seachild pun menjamu selera sambil ditangisi sang hujan yang turut bersimpati, 3 jam, dapat ikan buntal jer seekor. casting mende. Gua dan seachild yang lain, balik dengan hati yang luluh, takpa... "esok-esok kita pasti berjaya menawan laut china selatan" getus hati kecil gua...

Thursday, January 1, 2009

Ranking Seachild

Ranking ni adalah idea asal gua dan rilz, lepas Critical SeaChild ditubuhkan, gua fikir tak best kalau setakat nama je yang gempaq, kalau ada pertandingan ala-ala fear factor baru ada thrill, so kitorang putuskan setiap ikan yang ditawan oleh seachild akan dirankingkan untuk menentukan tahap skill crew-crew seachild.

Ranking ni bukan gua suka-suka kasi.... tapi gua dapatkan persetujuan geng-geng yang lain dulu, untuk pengetahuan luorang... nak masuk dalam ranking ni... ada dia punya syarat-syarat dan spesifikasi yang dipersetujui oleh semua seachild melalui cakap-cakap kosong kat kedai pak sarip. Gua takda masa nak adakan mesyuarat dalam bilik mesyuarat ofis gua yang besar tu, mana gua nak carik duit jamu kuih karipap dengan tea-o sejuk?

Ikan-ikan yang boleh dimasukkan dalam ranking mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Ikan air masin, air tawar, air kolam, air paip dan tali air kat sawah. Ikan akuarium? nak kena terajang?
  2. Ikan yang sihat bentuk badan dan fizikalnya, ikan takda sirip yang kena makan jerung atau ikan yang ada sakit batuk kering tidak dikira.
  3. Ikan yang dapat dikenalpasti spesis dan jantinnya. Takkan lu orang tangkap berudu nak gua masukkan dalam ranking kot?
  4. Ikan yang boleh dibuat gulai, digoreng atau dipanggang untuk dibuat makan-makan. Ikan yang tak boleh makan tak diambil kira. Woi.. buntal dengan belacak tak kira woiiii...
  5. Syarat-syarat lain akan diupdate dari semasa ke semasa, lu orang kalau ada idea boleh kasi tau gua... gua pertimbangkan


THE RANKING :

1
Rilz
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
11
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama, bebulus, sembilang, gerut-gerut

2
Firazzurri
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
senangin, ikan lembu, ikan duri

3
Sir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
8
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
Gelama, ikan duri

4
Ayie
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
4
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama

5
Kir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
0
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
belum ada woi... blur

6
Hadi
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
3
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan lembu, gelama

7
Zaini
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan Duri, Gerut-gerut

8
Azman
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini :
2
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan :
ikan Duri, Belukang

SeaChild's Crew

Gua dengan berbesar hati.. memperkenalkan barisan Seachild yang kacak dan hensem...

1

Nama dalam IC : Azrill Bin Mohd Hanifa
Nama SeaChild : Rilz




2

Nama dalam IC : MohamadFirdaus Bin Samsuddin

Nama SeaChild : Firazzurri






3


Nama dalam IC : Mohd Nasir Bin Daud

Nama SeaChild : Sir





4


Nama dalam IC : Sukhairi Bin Sharudin

Nama SeaChild : Ayie




5


Nama dalam IC : Mohd Zakir Bin Ahmad

Nama SeaChild : Kir




6

Nama dalam IC : Hadi

Nama SeaChild : Hadi




7

Nama dalam IC : Zain

Nama SeaChild : Zaini






8


Nama dalam IC : Azman

Nama SeaChild : Man





anda mencari number telefon mereka..?? sila rujuk direktori TM untuk maklumat lanjut...