Friday, February 12, 2010

Kenangan Seachild - Episode 3 : Kepelikan

Critical seachild, sebuah kumpulan memancing semi amatur yang sedang cuba melobi persatuan mengai sedunia untuk dinaik taraf kepada pemengai semi pro, tapi gua sedikit musykil, gua risau, gua takut kalau2 proposal gua ditolak dek aksi-aksi kurang senonoh budak2 seachild.

kalau ya pun nak posing dengan ikan tangkapan orang lain, jangan la sampai makan ikan tu mentah2... gua sedih kadang2 pikir pasal budak ni... semua benda dia makan mentah2...

ini sahabat kepada budak tadi... macam menyelarakan je gua tgk, lapar sangat gamaknya...

aksi maut aril, dengan ikan sebesar jari keliking, gua susah nak interpret makna disebalik wajah itu... lu org pandai2 la teka sendiri..

banyak lagi aksi2 pelik tapi mmg pelik yg diaksikan oleh geng-geng seachild ni yg gua gagal rakam, lepas ni gua akan lebih berwaspada agar detik2 manis itu dapat dikongsi bersama.. lu orang stay tune...

Wednesday, February 3, 2010

Kenangan Seachild - Episode 2 : Keriangan

Mengai ni bukan aktiviti main2... dia punya feeling memang lain macam... sama feeling macam naik pesawat pejuang Seahawk, gua pun bukan lama sangat berkecimpungan dalam bidang pancing memancing ni, tapi sekarang ni gua rasa macam tak sedap badan kalau tak bagi ikan di lautan makan...

Keriangan menawan ikan walau kecil walau besar adalah terlalu peribadi bagi seseorang pemancing tak kira profesional, semi profesional atau pemancing asal lontar masuk laut macam gua ni...

gua rakamkan detik-detik manis pabila ikan dilautan sama asam di daratan disatukan dalam periuk..

gua tergelak sorang2 tengok gambar ini.. entah mengapa... gua gelak lagi... boleh tahan besar duri yang dinaikkan...

ikan bukan sahaja ditangkap untuk dimakan, tetapi juga diajar matematik, ilmu alam dan sejarah. pakcik mengajar kiraan matematik asas kepada gelama...

setakat semilang gua anggap runcit-runcit sahaja.. dulu pernah sekali gua hampir menawan ikan paus biru spesis kacukan dengan jerung putih... tapi nasib gua kurang baik, terlepas disebabkan masalah teknikal, rod gua hanya mampu menawan ikan seberat buku teks bahasa malaysia tingkatan 4...

spesis pari, lebih tepat pari tanjung jugak dikenali sebagai ketuka menjadi buruan ayie, ayie merupakan seorang pemancing semi profesioanl yang meningkat secara mendadak, teknik dan tektik yang digunakan menjadi formula yang berharga kepada para pemengai yang lain... dah lama sikit nanti gua bercadang hendak menerbitkan buku biografi ayie... renungan tajam yang membuatkan ketuka tangkapanya terkulai sayu...

gambar ini memang gua tak tau apa nak komen, lu orang komen la sendiri, lama-lama gua tengok boleh kena sakit jantung dibuatnya... lu orang perasan tak ada satu makluk tuhan yang carik publisiti murahan..??

Kepuasan... itu yang kami cari...

Tuesday, February 2, 2010

Kenangan Seachild - Episode 1: Cabaran

Nak bergelar seachild bukan perkara enteng.. tambah2 kalau nak bergelar critical seachild macam kitorang, gua rasa jadi askar upahan tentera british lagi mudah... banyak ranjau dan duri telah kitorang tempuhi, durinya memang berbisa sampai menusuk ke dalam isi... 'yang lu pergi gurau senda sama ikan duri sapa suruh ayie..??'

halangan dan cabaran bukan penghalang untuk kitorang mencari lubuk2 exclusive, bukan semua pemancing handalan berjaya seperti criticalseachild tapi lebih ramai yang berjaya... gua paparkan sejarah2 keperitan seorang CSC...

ini bukan calang2 seachild, perambut buatannya tetap menjadi pilihan crews yang lain, lu orang tengok tempat kutu ni buat perambut, atas batu dikala terik mentari, bagai lilin membakar diri... gua terharu... gua tahan sebak...

lu orang ingat senang ke nak carik port..?? redah hutan, panjat bukit, turun gaung, terjun lombong, mandi kolam, semua itu perkara biasa....

doktor dah pesan, jangan keluar rumah, tapi demi semangat seachild, seachild ini gagahi jua... kalau Hang Tuah kenal mamat ni, pasti dia pun rasa apa yang gua rasa...

kalau memancing menjadi hal yang susah bagi lu orang... menangkap ikan dalam laut dengan tangan bagaimana pula..?? gua pun dah lama nak belajar... 'senang2 ajarlah la gua pakcik...'

menjadi askar menjaga mawas di hutan belantara adalah sebahagian rutin seachild... senjata yang dibawa cukup untuk membunuh... bunuh lipan dan cipan... kadang2 anak biawak mati jugak...

Episode cabaran kali ini banyak mengajar kitorang untuk menjadi yang lebih baik, satu perkara yang paling penting, jangan pernah putus atas, percaya bahawa rezeki itu hak Allah bukan pada kita, dan selalu bersyukur... moga gua dan lu orang menjadi seorang manusia yang Beriman dan beramal soleh...

Monday, February 1, 2010

Kenangan Seachild - Episode : Premier

Gua dah lama tak update blog.. gua pun tak tau apasal gua malas sangat... nak kata takda aktiviti hampir saban minggu gua pergi mengai dengan budak2 sengai seachild yang lain, mungkin sebab lu orang jugak la.. lu orang kurang bagi gua motivasi dan semangat untuk update...

disini gua upload gambar-gambar kenangan sepanjang kitorang bergelar Critical SeaChild CSC...

disebabkan ahli lembaga seachild yang sorang ni nak sangat diupload kan photonya bersama menatang yang awalnya kitorang ingat pari tapi yang sebenarnya ketuka, gua bagi penghormatan sulung kepada ayie..

semangat juang seorang seachild... bergurau senda dengan pantai adalah perkara lumrah...

seachild sorang ni sangat berjasa besar... tanpa perambutnya yang berkaler-kaler.... gua tak mungkin dapat menawan ikan yang besar2... tapi gua malas sebenarnya nk belajar buat perambut, beljar buat motorbot best jugak...

kerjasama...!! itu yang penting... mereka berdua memang serasi, gua syak ada apa2 yang tidak kena, tapi tak baik buat fitnah. Lu orang tengok sampai kat tepi pantai pun budak2 ni tak boleh berpisah dengan jadual pasang surut air, pelaut terkenal alfonso deabuker pun tak buat ini macam...
ada macam cover album tak..?? bergaya sungguh... hahaha...

gua ada banyak lagi photo2 menarik yang hendak di upload.. so lu orang stay back.. jangan kemana-mana... nak tido-tido la gua tak kisah sangat.. tapi esok2 lu orang datang balik...