Nak bergelar seachild bukan perkara enteng.. tambah2 kalau nak bergelar critical seachild macam kitorang, gua rasa jadi askar upahan tentera british lagi mudah... banyak ranjau dan duri telah kitorang tempuhi, durinya memang berbisa sampai menusuk ke dalam isi... 'yang lu pergi gurau senda sama ikan duri sapa suruh ayie..??'
halangan dan cabaran bukan penghalang untuk kitorang mencari lubuk2 exclusive, bukan semua pemancing handalan berjaya seperti criticalseachild tapi lebih ramai yang berjaya... gua paparkan sejarah2 keperitan seorang CSC...
ini bukan calang2 seachild, perambut buatannya tetap menjadi pilihan crews yang lain, lu orang tengok tempat kutu ni buat perambut, atas batu dikala terik mentari, bagai lilin membakar diri... gua terharu... gua tahan sebak...
lu orang ingat senang ke nak carik port..?? redah hutan, panjat bukit, turun gaung, terjun lombong, mandi kolam, semua itu perkara biasa....
doktor dah pesan, jangan keluar rumah, tapi demi semangat seachild, seachild ini gagahi jua... kalau Hang Tuah kenal mamat ni, pasti dia pun rasa apa yang gua rasa...
kalau memancing menjadi hal yang susah bagi lu orang... menangkap ikan dalam laut dengan tangan bagaimana pula..?? gua pun dah lama nak belajar... 'senang2 ajarlah la gua pakcik...'
menjadi askar menjaga mawas di hutan belantara adalah sebahagian rutin seachild... senjata yang dibawa cukup untuk membunuh... bunuh lipan dan cipan... kadang2 anak biawak mati jugak...
Episode cabaran kali ini banyak mengajar kitorang untuk menjadi yang lebih baik, satu perkara yang paling penting, jangan pernah putus atas, percaya bahawa rezeki itu hak Allah bukan pada kita, dan selalu bersyukur... moga gua dan lu orang menjadi seorang manusia yang Beriman dan beramal soleh...
Tuesday, February 2, 2010
Kenangan Seachild - Episode 1: Cabaran
digarau oleh : Critical SeaChild pada 9:10:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 cakap-cakap kosong...:
caya ar korg...
pas nie leh try port len plak...
teror k c aril 2 wat perambut kaler2.....
Post a Comment