Mengai ni bukan aktiviti main2... dia punya feeling memang lain macam... sama feeling macam naik pesawat pejuang Seahawk, gua pun bukan lama sangat berkecimpungan dalam bidang pancing memancing ni, tapi sekarang ni gua rasa macam tak sedap badan kalau tak bagi ikan di lautan makan...
Keriangan menawan ikan walau kecil walau besar adalah terlalu peribadi bagi seseorang pemancing tak kira profesional, semi profesional atau pemancing asal lontar masuk laut macam gua ni...
gua rakamkan detik-detik manis pabila ikan dilautan sama asam di daratan disatukan dalam periuk..
gua tergelak sorang2 tengok gambar ini.. entah mengapa... gua gelak lagi... boleh tahan besar duri yang dinaikkan...
ikan bukan sahaja ditangkap untuk dimakan, tetapi juga diajar matematik, ilmu alam dan sejarah. pakcik mengajar kiraan matematik asas kepada gelama...
setakat semilang gua anggap runcit-runcit sahaja.. dulu pernah sekali gua hampir menawan ikan paus biru spesis kacukan dengan jerung putih... tapi nasib gua kurang baik, terlepas disebabkan masalah teknikal, rod gua hanya mampu menawan ikan seberat buku teks bahasa malaysia tingkatan 4...
spesis pari, lebih tepat pari tanjung jugak dikenali sebagai ketuka menjadi buruan ayie, ayie merupakan seorang pemancing semi profesioanl yang meningkat secara mendadak, teknik dan tektik yang digunakan menjadi formula yang berharga kepada para pemengai yang lain... dah lama sikit nanti gua bercadang hendak menerbitkan buku biografi ayie... renungan tajam yang membuatkan ketuka tangkapanya terkulai sayu...
gambar ini memang gua tak tau apa nak komen, lu orang komen la sendiri, lama-lama gua tengok boleh kena sakit jantung dibuatnya... lu orang perasan tak ada satu makluk tuhan yang carik publisiti murahan..??
Kepuasan... itu yang kami cari...
Wednesday, February 3, 2010
Kenangan Seachild - Episode 2 : Keriangan
digarau oleh : Critical SeaChild pada 8:27:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cakap-cakap kosong...:
Post a Comment