Showing posts with label casting. Show all posts
Showing posts with label casting. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Kepuasan??

Assalamualaikum.....

trutttt....truttttt..."argh...mimpi jenis apa lak ada bunyi xbesh nih...". truttt...truttt "arghhh bunyi lagi..."
tercari2 dlm mimpi aku...tp gelap ja yg aku nampak...aku akhirnya tersedar...cehhh...handpon aku yg agak mahal & susah dimiliki oleh org lain...yg berjenama i-mobile memekak tanda message masuk....aku terpikir ari ni ari sabtu..arghhh aku ada perjanjian...opss janji ngan Seachild tuk gi mancing puting damar kat area Kompleks Terpanjang kat negeri aku yg indah nih....tp maybe jgk terpanjang di Malaysia kot..QB Mall...sampai lenguh kaki klau ronda kat QB Mall nih...

Ok berbalik pada janji aku ngan seachild...aku lantas bangun tercari2 handpon yg semalaman aku sepak ala2 crita tomoi..."oit rel aku dah kat opis...ngah sarapan..." pehhhh...awai gila geng Seachild ni...berdisiplin baru kul 8.00 pagi...klau xsilap aku la..semalam aku ckp kul 10.00pagi coz air pasang kul 11 camtula...biasalah...Seachild nih cukup mahir sangkut batu..sebab mancing time air surut...so aku mengambil keputusan xmau lagi tambah pengalaman...aku pon pantas mengambil tuala aku ala2 tarzan sbb dah byk koyak..mandi ..pkai bedak skit..sembur perfume skit...siapkan peralatan trus pi opis...
Tiba ja aku kat opis call masuk..."oit hangpa dah pi ka?..tunggu aku k..." Kir call aku salah sorg gak dlm seachild. Setelah jam tepat kul 11.30pagi kitaorang gerak la ke destinasi yg dirancang, 3 org ja kali ini kami xguna wira Sir tp naik Honda yg agak hebat tp lain2 jenis..honda Ex5, wave 125z n 125s...sebab Sir gi Cameron bercuti la katanya...okla tu kan...Fir pun bercuti gak...katanya ke Kedah....mmm apa2 jela...

Sampai ja di port Puting Damar tu Kir call Hadi..n aku lak call brother-in-law(sifu aku) aku....dia ada ckp nak join...sampai ja dia ckp mata kail aku besar..dia suruh tuka..peh kecik gila...susah nak ikat...tp semangat yg kental membuatkan aku berusaha sedaya mungkin...Setelah semua siap...satu persatu umpan dihumban ketengah laut...xsempat 15 saat joran si kecik, anak buah aku direntap ikan...peh terasa tercabar lak Seachild. Puting damar besar & panjang jari telunjuk aku ditawan...hehehe gelak ja aku, nasib kecik...setelah tunggu n terus tunggu...sabar itu separuh dari iman...wlaupon dari CUBAAN PERTAMA xdpt ikan langsung wlaupon buntal...akhirnya joran aku direntap..aku tersedar dari lamunan yg panjang...alhamdulillah..inilah rezeki namanya...berkerut ja dahi Seachild yg lain...aku pikir puting damar agak besar tapi jangkaan aku silap...ikan Lembu (nama ni aku xpasti nama market or nama saintifik org ckp ikan lembu myb sbb mata dia kot)

alhamdulillah..goreng pon sodap...Ayie n Kir sama2 posing

Belum sempat aku kluaqkan mata kail.."woi kita pi tempat dia" ceh tempat aku dah penuh...bak kata org klau ada ikan kat situ serbulah...slpas dari tu belum suasana kembali tenang..kedengaran hadi jerit...ada..ada.. "ada apa? backhand ka?" kata aku & ayie. ikan weiii hadi membalas...yg lain mula risau..dikaraunya joran ...nmpak joran cm ikan besar ja...akhirnya ikan Lembu sekali lagi menghangatkan suasana...

"amik ar gambaq leklok skit" kata hadi sambil bergumbira

"Cis bila plak kita nih" cetus Ayie pada Kir...ttiba ja...joran aku sekali lagi direntap...aku pon karau...rasanya kali ni kecik ja tp xdpt pasti jantina n spesisnya...ikan lembu lagi bersaiz kecik...gambar xsempat aku amik..sebab saiz yg agak kecik...lagipon guna handpon Hadi..handpon aku yg hebat berteknologi tu xleh amik gamba nak wat cmna kan..seachild lain pon sama gak mggunakan handpon yg sama hebat cam aku..huhu..xsempat aku nak menunjukkan pretasi yg cemerlang Hadi sekali lagi naikkan ikan Lembu..hmm pesta ikan Lembula kita ri ni..cetus hati aku...

Dekat ngan kul 2 Kir mula ajak gi makan katanya perut dia dah mula kekosongan mineral,zat besi,karbohidrat dan mcm2 lgi..tanda nak lunch la...kat situ gak ada kedai tepi jalan yg diusahakan oleh brother yg mencari rezeki yg halal untuk menjana pendapatan keluarga.Kadang2 terganggu jgak oleh pihak2 tertentu..apa salah diorg nak cari rezeki kan?..belum sempat ayie melangkah sekangkang kaki..joran dia direntap..kali ni anak buah aku perasan..trus aku panggil ayie..aku karau jap...pastu aku pulangkan pada ayie sebab ada rasa ikan...penuh kusyuk ayie karau first time joran dia menarik perhatian ikan-ikan kat penang nih...akhirnya dapat ditawan yg merupakan ikan first dia sejak seachild ditubuhkan. Ikan Lembu lagi?? betuii pesta nih...best x? tanya aku..hahahaha gelak ayie..best ar...

hehe...senyumanku menggambarkan kepuasanku

"Telan pon sodap" cetus Kir sambil posing ngan ikan ditawan ayie tadi

Mmm kesoronokan timbul dlm diri ayie sampai xjadi gi makan...Kir pon kembali bersemangat untuk menaikkan sekurang2 seekor ikan....bersemangat Ayie n Kir menghumban umpan udang yg slalunya digunakan oleh brother char koey teow Sahabat...dalam penantian ikan lain terpikat dgn umpan yg disediakan...ada brother kilang dtg lepak, sambil tanya tentang ikan joran seachild...dah ada peminat lak huhuhu...sambil bersembang..tercetus di mult ayie.."Kir jom beli makan, usus perut aku dah kosong nih" ayie n Kir pon melangkah...baru melangkah 13 tapak, brother yg sembang ngan kami td memberanikan diri mengambil joran ayie yg direntap..kali ni direntap kuat skit...lantas ayie berpatah balik mendapatkan joran kesayangannya...pehhh ikan Lembu lagi??? agak besar kali ni....

Tumpang glamer la pulak...hehe tersengeh ayie ngan ikan kedua dia

Rezeki ada dimana2 ja kan? tawakal dan usaha...dalam aku terlamun tgk keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Hadi mengejutkan aku ngan spesis terbaru...

ikan apa ni??? cantekkan?

Aku pon mengeluarkan pendapat yg kurang tahu banyak tentang spesis ikan nih..."kerapu nih Hadi" cetus aku..."Wei spesis baru nih hang kena bela kat opis" Zakir jgak beri pendapat...aku pon mendapatkan Sifu aku & tanya dia..katanya ikan belacak....hahahaha tergelak besaq geng seachild...xpasal2 Hadi diperli pasal belacak nih...biasa la...ikan dia lapaq cam kita gak ..dia pon sebat ja..bukan dia tahu Hadi nak mancing apa kan? hehe.
Seachild teruskan usaha menghumban umpan moga2 dapat ikan lagi...kemudian sekali lagi aku menawan ikan Lembu...Zakir masih lagi xberputus asa..."ada lagi tempat ketujuh nih Kir" sindir Hadi...Usaha terus usaha perut makin lapaq...Hadi mula mengundurkan diri selepas mencipta rekod menawan Belacak....Cuaca mula mendung..."bang...bihun sup 3" joran ditinggalkan seketika mengisi perut dulu...bleh tahan gak bihun sup ni...minggu lepas pekena laksa n rojak...huhuhu dah macam program joran2 cari makan. Seronok pekena bihun sup..hujan mula turun..."best jugak klau campur ayaq hujan nih" gurau Kir...aku dah xpeduli...best gak bihun sup nih...ttiba ja hujan turun dengan lebat...seachild mempercepatkan tangan menghayun bihun sup kedalam mulut..."jom2" kata aku sambil bayaq n pau plastik tuk simpan wallet n handpon canggih aku...

Sampai di tempat mancing yg xberapa langkah Seachild karau joran bersiap tuk simpan, dalam hujan lebat...apapun kali ni Seachild mula merasakan KEPUASAN menawan ikan, wlau saiz dan kuantiti xsebesar dan sebanyak mana...susah tuk diluah dengan kata2 hanya kaki pancing dapat rasakannya...kepuasan ni jgak datang dari keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. yg secara xsedar kita langsung xhargai...merosakkan lagi adala...dalam hujan jgak ketenangan mula timbul...hujan jgak satu RAHMAT yg seringkali kita mngeluh...kami akhirnya bersurai ikut arah masing2...Stakat ni ja cetusan aku ....Insyaallah aku akan update apabila Seachild ada program & bleh la lawati blog ni selalu...Seachild akan cuba untuk post tentang memancing, keperluan memancing, jenis ikan & banyak lagi selepas ini...Aku undur diri dulu...jgn lupa bookmark blog nih or add kat blog anda..Jangan lupa komen k..Salam

Tuesday, August 11, 2009

Cubaan pertama....

Kali pertama Critical Seachild buat casting ialah pada pagi sabtu yang hening gua dah tak ingat tarikh... gila apa gua nak ingat tarikh-tarikh yang kurang penting, kadang-kadang tarikh Penang ditawan francis light pun gua boleh lupa... geng gua yang kaki pancing digelar seachild, macam orang Britain tak..??

Pagi tu... kira-kira lepas sembahyang subuh lebih kurang pukul 7 pagi, seachild yang rata-rata solat subuh lepas waktu tu berkumpul di tapak perjumpaan, tapak tu tak jauh mana pun, dekat ofis gua ja. Tapi gua musykil apasal semua datang pukul 10 ni..?? nak kena terajang..??

Sabtu tu 3 orang seachild ja dapat meneruskan projek memberi ikan makan, yang lain membuat projek dalam ladang masing-masing, projek apa gua tak tau. Seachild meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah kenderaan yang mewah, proton wira automatic warna kelabu. Tempat casting untuk kali pertama ni agak jauh, kepala seachild yang cadang port tu. owh, gua lupa nak perkenal... kepala seachild yang dilantik tanpa sebarang mesyuarat yang ada kuih-kuih ialah arel, gua secara tak rasmi lantik dia sebagai kapten pasal dalam geng seachild ini arel sorang saja yang pandai buat perambut kaler-kaler, yang lain hampeh, takat ikat ladung boleh la.


kapten arel, dengan salah seorang pengasas seachild yang bawak kereta wira kaler kelabu, nasir..


Tempat yang dituju, tepi pantai shamrock kat batu feringghi, gua bukan nak angkat negeri gua sendiri la, tapi pantai shamrock tu dia punya status kejernihan air berada pada paras yang kalau ikan lalu betul-betul depan mata pun tak boleh nampak. Memulakan operasi dengan langkah kanan, seachild bergerak ke port dengan hati yang kental untuk menawan pelbagai spesis air masin. Gua dah tak sabar... seingat gua ini kali pertama gua casting dengan peralatan memancing yang lengkap termasuk ladung dan mata kail import yang tahan karat. Rod gua beli yang murah, bajet ketat, reel plak ada brand 'sure catch' kalau tak dapat ikan gak kang gua patah-patahkan gak rod gua tu. Gua bukan reti ikat rod sangat, gua mintak bantuan skill ikat-mengikat dari kapten arel yang tak berapa ada sifat kekaptenan tu, tapi kira orait la arel sudi membantu, kalau tak, gua balik naik bas saja.

Gua dengan penuh semangat serta muka berseri-seri membuat satu lontaran tinggi, gua suspek lagi tinggi dari lompatan roslinda samsu melompat galah, yang gua heran... ladung gua tak jatuh-jatuh gak ke laut setelah 7 saat gua menanti dengan sabar, gua dah mula syak sesuatu yang kurang baik terjadi, ni mesti kerja jin laut rampas ladung gua buat makan tengahari. Sekali kapten gua cakap, "oit, lu tgk atas" gua pun dengan tak semena-mena tengok atas mana tau umpan gua disentap burung helang, sekali gua tengok, ladung dengan kail terjuntai kat atas ranting pokok, sungguh gua tak sangka, tangsi gua sedang mengikat kemas pokok ketapang kat port seachild memancing. Gua bukan nak mengait kelapa, ceh. Gua dah mula tak sedap hati, gua cuba sekali lagi, ah... sangkut pokok lagi. Gua ingat lagi pesan Ustaz Suhaimi, sabar itu sebahagian dari iman, gua cuba dan terus cuba, akhirnya, kail gua berjaya jugak mencecah laut, fuhh, lega..

Seachild yang lain, sibuk dengan aktiviti memberi ikan makan, tapi seekor ikan masin pun tak dapat tangkap. Tiba-tiba seachild bernama nasir berteriak girang, oit..oit... ada..ada.. "ahh, sudah la lu sir, ada apa..?? lu ada-ada saja"... kutuk gua. Sir dengan penuh konfiden... "oit, ada la.. gua rasa gua dapat sembilang besar ni, lebih 2 kilo ni.." nasir pun meneruskan perjuangan berlawan dengan spesis laut yang masih belum dapat ditentukan spesisnya... setelah hampir seminit, akhirnya, nasir berjaya menaikkan seekor anak ikan yang comel, anak ikan buntal yang mirip dengannya. Muka nasir dah berseri-seri macam baru nak sambut malam pertama, gua pun turut berbangga dengan nasir, kerana berjaya menaikkan seekor anak ikan buntal yang sihat dan comel macam tuannya.


si buntal dengan tuan barunyaa....

Setelah hampir 2 jam berjemur ditengah panas dipukul ombak bergelora, tiba-tiba langit bertukar mendung membawa hujan yang sangat lebat, seachild sepantas kilat packing dan mencari tempat perlindungan sementara, mana tak nya, kereta paking sekilometer jauh. Sebelah pot tu ada gerai makan, seachild berlindung disitu, tengah sejuk-sejuk ditiup angin dan hujan lebat, suatu bau yang enak meresap ke dalam hidung masing-masing. oit, jom... laksa.. maka setelah puas memberi makan ikan, seachild pun menjamu selera sambil ditangisi sang hujan yang turut bersimpati, 3 jam, dapat ikan buntal jer seekor. casting mende. Gua dan seachild yang lain, balik dengan hati yang luluh, takpa... "esok-esok kita pasti berjaya menawan laut china selatan" getus hati kecil gua...