Monday, October 5, 2009

Seachild Menuju Lautan Samudera

Ya... kini kami layak menakluki lautan samudera...


Sejarah terpalit... peristiwa yang menganjakkan paradigma seachild yang membawa kami ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya, kami anak malaysia, kami bangga, semangat kami masih ada untuk menawan samudera, ini sumpah kami, untuk terus menjulang nama negara..

lu orang mesti ingat gua dah beralih arah ke bidang sasterawan negara, usman awang pun pasti menyangka gua sasterawan yang sebaris dengannya, tapi gua tidak akan menderhakai semangat rock kapak gua.. gua harus kelihatan rockers... pengenalan di para atas adalah untuk menyatakan, gua bangga dengan geng seachild gua, semangat yang ditunjukkan membuat gua tidak menyesal menyertai budak2 mentah memancing di tepi pantai.

Perjalanan dimulakan seawal 12 tengahari... gua klasifikasikan 12 tengahari sebagai awal sebab 12 tengahmalam pun ramai orang cakap malam masih muda, so 12 tengahari tu kira macam pagi masih muda la... perancangan awal nak kumpul pukul 9 pagi.. tapi disebabkan tekanan dan desakan kelangsungan hidup maka masing2 terpaksa bertarung menempuhi pahit getir kehidupan, geng lain gua tak tau apa masalah, lu orang tanya diorang sendiri, tapi gua memang di landa kepayahan, kesulitan dan kesusahan, gua malas nak cerita kesusahan yang gua tempuhi di hening pagi itu hari, gua sebak, gua sayu beb, gua tak mau lu orang termenangis baca blog ni, gua doakan lu orang gembira hendaknya, itu harapan gua, so lu orang tolong lupakan kisah duka gua.. kita sambung cerita Seachild menuju laut samudera...

12 tengahri tepat, gua menemui geng2 seachild di Jeti baru Ocean view yang tersergam indah, port baru pertama kali seachild casting, view memang spectacular, macam tinggal di switzealand saja feel mancing kat situ. Sampai2 kat port, gua tgk budak2 seachild sibuk pasang joran masing2. Ahli seachild yang baru turut serta, zaini dan azman, dua budak yang naif tapi cekal (ayat tidak menggambarkan kehenseman mereka) yang lain macam biasa ril dan pakcik. Mana pegi ayie..? balik manjung gua terdengar khabar angin, lantak lu la ayie, lu tak dapat tengok sejarah seachild.

port baru yang indah, mcm negara mat salleh tak..??

Tapi apehal gua tak bawak joran..?? ceh... gua terus ke port dari tempat gua mengalami kesusahan.. gua pulang dengan perasaan berkobar-kobar untuk mendapatkan joran gua.. gua janji dengan geng seachild 3 minit gua sampai. Setibanya di rumah gua mula lupa janji, gua meneruskan agenda bersarapan dengan roti bertemankan jus oren twister yang ada jual kat KFC tu. Gua tgk jam, dah setengah jam... gua pun dengan semangat yang kembali berkobar memecut ke port, banyak pula halangan traffic light dalam perjalanan gua kali ini.. ceh tak demokrasi langsung sistem perjalanan lalulintas di negara ini, dah tau gua lambat, tukar la lampu hijau cepat2..

Setibanya di port, budak2 lain sibuk dengan joran masing2, smpai gua di buat tak tau sahaja, gua dengan muka yang kesayuan meminta jasa baik ril memasangkan mata di jorang gua, gua bukan tak reti cuma gua sedikit gusar kalau-kalau ikatan gua kurang kemas saja, kang ikan-ikan di lautan gelakkan joran gua plak. Gua bertempik dengan nada keras "haa... amacam... ada hasil tak..??" "tak...!!!" sayu je semua jawap serentak. Lepas seketika, zaini ahli terbaru dalam seachild mendapat tangkapan sulungnya... anak ikan duri yang tak berapa comel... "ahhh..lega... berjaya juga aku mendapat lesen untuk menyertai geng memancing terbaik rantau samudera termasuk sulawesi tengah, seachil.." zaini berteriak girang. Gua, ril dan pakcik sebagai ahli tersenior seachild mengalu-alukan kemasukan zaini ke dalam seachild secara rasmi. Azman membuat muka sayu, mengenangkan nasibnya yang masih kabur dan suram. Lepas beberapa minit, zaini berteriak girang lagi... si duri lagi... "..ceh, baru masuk seachild dan sama ranking dengan gua.." tempelek hati kecil gua.. Tak lama selepas itu pakcik pun mendapatkan seekor duri, besar skit je dari ikan bilis, pakcik tidak menunjukkan tanda2 gembira, ikan kecik macam tu kucing pun takda selera, maka duri dilepaskan ke lautan agar ia dapat membesar dan beranak pinak. Selang 10 minit, zaini sekali lagi bertarung dengan menggunakan joran 1 ball beering nya, berpeluh jugak gua tgk dia bertarung, akhirnya dia berjaya menawan ikan duri sebesar ikan emas dalam akuarium sekali lagi.. maka secara rasminya, zaini digelar "king of duri" dalam seachild. Satu penghormatan buat ahli baru sepertinya.
macam-macam aksi.. ada yg tido... duduk.. berdiri...

Walaupun banyak tangkapan tapi semuanya duri yang dilepaskan balik, tapi ada seekor tu gua tak lepaskan, gua letak sebagai menandakan jajahan seachild di jeti ocean view tu. Azman tiba-tiba kelihatan bergelut dengan jorannya, gua syak dia mendapat ikan besar, tapi duri jugak yang dinaikkan. Sekurang-kurangnya azman mendapat restu ahli senior seachild untuk secara rasmi digelar SeaChild. Ril mula kebosanan, gua jangan cakap la lagi bosan, pakcik pulak girang mendendangkan lagu2 rock yang disumbangkan oleh suaranya. Kami sepakat mencari port lain.
duri dalam daging... dilepaskan pergi..

Seachild yang semakin berkembang dengan ahli2 baru, menuju ke port yang lebih baik, port belakang tesko, ril yang menamakan port itu, gua berselisih paham jugak dengannya pasal nama tu, sebab gua rasa bukan belakang tapi tepi. Masing-masing memulakan langkah kanan, memasang umpan dan melempar sejauh mungkin. Harapan menggunung disasarkan.
The Seachild...

Hanya ril dan gua tiada lagi tangkapan untuk hari ini, tetiba aril bersorak girang dengan tangkapan gerut-gerutnya, gua menunjukkan reaksi menyampah dalam hati, mana taknya.. tinggal gua sorang ja takda rezaeki, selalunya bila casting gua la orang pertama murah rezeki, selalunya gua yang bersorak girang disambut muka menyampah geng yang lain. Nak buat macam mana, bukkan rezeki gua hari ni.
aksi manja aril dengan gerut-gerut kesayangannya.. mcm ada apa-apa ja..??

acara berkongsi makanan, azman belanja....

Ril meneruskan pancingannya dengan semangat mebuak-buak,gua macam biasa semangat suam-suam kuku saja, gua mana reti main2 pancing ni..?? gua ikut orang saja. Tiba-tiab semua orang menjadi kaget dengan aksi ril yang berdrama swasta di tepian pantai berbatu, gua berserta geng yang lain bertempik mengetawakan ril yang bersungguh-sungguh bertarung dengan lautan samudera, gua mati-mati ingat dia berdrama, tapi aril tidak mempedulikan itu semua, di terus dengan pertarungan sengitnya, dia mengarau jorannya, tapi hanya sedikit sahaja yang di naikkan, dia mengarau lagi, kali ini dengan aksi yang lebih bersungguh-sungguh macam orang nak kait kelapa muda, jorannya kelihat bengkok, gua bertempelek.... "woi.. sudah la berlakon tu.. sangkut batu tu.. lu tarik kuat-kuat sikit.." aril terus tidak mempedulikan gua sebagai ketua ICT... setelah beberapa minit bertarung dengan spesis yang menjadi misteri itu, akhirnya.... aril menawan seekor semilang yang sangat besar.... gua jadi terkejut, terperanjat dan tidak keruan, begitu juga dengan ahli yang lain, seachild mencipta sejarah tersendiri dengan tanggkapan aril ini, seekor semilang yang besar, sihat dan menyimpan banyak telur yang sedap jika dimasak gulai. Gua syak lebih sekilo tangkapan ril kali ini, gua jadi bangga dan kagum, gua tak sangka seachild pun boleh dapat ikan besar dengan hanya memancing di tepi pantai, selalunya dapat anak-anak ikan sesat saja. Gua mula menangkap gambar post-post menarik ril dengan tangkapan bersejarahnya, gambar-gambar ini akan diabadikan dalam buku sejarah kaki-kaki pancing amatur di masa hadapan. Maka secara rasminya, seachild dah berhak menuntut peruntukkan kerajaan untuk memancing di tengah lautan. Aril kepenatan, gua lihat tangannya menggigil, dah la kalau tak da apa pun dia ni memang jenis yang mengeletar, ini kan pula dia beraksi dengan semilang yang berat di hadapan cybershot gua.. lama plak tu, tak sanggup nak letak bawah gamaknya.

aksi ril menunjuk riak...

berapa bnyk berat daaa....
(cuba lihat foto ini btl2.. ini dipanggil teknik one third photography...hahaha)

Kami berdua terus ke surau, tanda kesyukuran. Ahli lain meneruskan perjuangan. Dah pukul 4.30, kami pulang ke port mendapatkan geng-geng lain, ada jugak hasil tangakpan zaini di port baru ini.. seekor gerut-gerut sihat. Gua mula bangga bercampur pilu, bangga geng2 baru pun dapat banyk hasil, pilu mengenangkan nasib gua yang jatuh di timpa tangga, gua redha.. Azman turut menambah duka di hati gua dengan tangkapan belukangnya.
belukang yang ditawan azman

Setelah kepenatan tanpa sebarang hasil, gua mengambil kata putus untuk pulang beristirehat di rumah, lagipun masalah gua yang pagi tadi masih tidak disetel. Ahli-ahli lain terus dengan semangat waja mereka, gua menaruh kepercayaan yang tinggi pada mereka.

Hari ini, 4 oktober 2009, seachild melakar sejarahnya yang tersediri, dengan tangkapan melebihi 10 ekor ikan dan tangkapan maut seekor semilang dewasa. Kami Seachild.. menuju samudera, InsyaAllah kami akan berjaya....

1 cakap-cakap kosong...:

john said...

emmmm