Sunday, December 6, 2009

Salam....Disini aku ingin meminta sedikit pandang untuk next program kita..Aku mencadangjkan agar dibuat pd mlm hari setelah mengikut kajian yg dijalankan air pasang pada bulan ini cantik di malam hari JADI....sila berikan pandangan sesiapa yg ingin mengikuti nya trimasssssss.....

Wednesday, December 2, 2009

3 SERANGKAI


HOLLA.....mmm aku sebnaqnya xtau nak letak tajuk apa...tu aku buh ja tajuk tu...lagipon mengambaqkan aku dan dua la lagi Cs (Critical Seachild...so pasni klau aku letak Cs paham2 ja la k). Dua org tu Fir & Ayie...aku mintak maap terlambat update blog nih disebabkan rasa malas yg teramat..huhuhu..itula aku harapkan kritikan dari pengunjung blog nih....
Klau xsilap aku la ari sabtu kami mancing nih..
..ehh ahad kot..argh...ikut suka la...mulanya aku xberminat tp Fir yg Ia2 nak tambahkan ranking la tu....hakhak...untuk makluman semua ari tu agak kurang enak la disebabkan Fir pon xbw kamera & langsung xamik gambaq...lagi satu hanya 2 ekoq ja naik tu pon hasil tangkapan Ayie Kusanagi....ehh...Ayie...
Tapi apapon tangkapan Ayie mmg best untuk kali kedua menawan Senangin...peh...jeles ja ati aku...sambil berkata..."ari ni ari hang Ayie...Sok myb ari aku lak...klau xpon esok2 la ari aku".

S.E.N.A.N.G.I.N

Belum sempat aku layan perasaan yg kurang dari setengah jam Ayie sekali lagi menaikkan ikan Lembu...Aku sempat lihat raut wajah Fir yg seakan2 sedih, pilu, kecewa & macam adaaaa....So ari tu Aku & Fir balik tanpa menambah ranking...& seingat aku la Aku ngan Fir ada masalah taknikal yg memaksa kami menggunakan ladum dari batu2 kecik kat situ...pretasi yg amat buruk ari tu tapi apapon ia akan dijadikan pengalaman baru dalam Cs......

Dua2 tangkapan ni milik Ayie

Itulah dinamakan REZEKI...hari ini ada esok mungkin takdak...tapi apapon ari tu mengajar erti KESABARAN......biarlah ia menjadi Episod Baru Dalam Melayari Lautan Samudera....Salam

Monday, November 30, 2009

AMaRaN!!!!!!!!!!!!!


Amaran.......Kami bagi pihak Critical Seachild mengeluarkan amaran untuk pertama kalinya kepada semua pemancing di pelusuk dunia....Seperti yang semua tau tentang CS hampir menakluki lautan Samudera tidak lama lagi...

Kami mengeluarkan amaran ini supaya menjadi iktibaq kepada pemancing baru maupon kepada yg telah "STAR" bukan budak kampung setar k...hehe supaya berhati-hati ketika memancing di tempat yg mencabar sepertimana yg dilalui oleh semua pemancing Critical Seachild..Sila rujuk gambaq dibawah untuk makluman semua.....

Adoiiii...argh panggil ambulans...cepat..help!!..help!!!

Cedera parah ni...perlukan pembedahan segera...!!!


Penangan batu......!!!!!

Disini Cseachild sekali lagi menasihatkan kepada semua Pengasas, Ahli , bukan ahli dan semua pemancing agar lebih mngutamakan keselamatan ketika memancing dan jgn dok buat kalut k....Semoga bertemu di post akan datang.....Salam.....

Monday, October 5, 2009

Seachild Menuju Lautan Samudera

Ya... kini kami layak menakluki lautan samudera...


Sejarah terpalit... peristiwa yang menganjakkan paradigma seachild yang membawa kami ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya, kami anak malaysia, kami bangga, semangat kami masih ada untuk menawan samudera, ini sumpah kami, untuk terus menjulang nama negara..

lu orang mesti ingat gua dah beralih arah ke bidang sasterawan negara, usman awang pun pasti menyangka gua sasterawan yang sebaris dengannya, tapi gua tidak akan menderhakai semangat rock kapak gua.. gua harus kelihatan rockers... pengenalan di para atas adalah untuk menyatakan, gua bangga dengan geng seachild gua, semangat yang ditunjukkan membuat gua tidak menyesal menyertai budak2 mentah memancing di tepi pantai.

Perjalanan dimulakan seawal 12 tengahari... gua klasifikasikan 12 tengahari sebagai awal sebab 12 tengahmalam pun ramai orang cakap malam masih muda, so 12 tengahari tu kira macam pagi masih muda la... perancangan awal nak kumpul pukul 9 pagi.. tapi disebabkan tekanan dan desakan kelangsungan hidup maka masing2 terpaksa bertarung menempuhi pahit getir kehidupan, geng lain gua tak tau apa masalah, lu orang tanya diorang sendiri, tapi gua memang di landa kepayahan, kesulitan dan kesusahan, gua malas nak cerita kesusahan yang gua tempuhi di hening pagi itu hari, gua sebak, gua sayu beb, gua tak mau lu orang termenangis baca blog ni, gua doakan lu orang gembira hendaknya, itu harapan gua, so lu orang tolong lupakan kisah duka gua.. kita sambung cerita Seachild menuju laut samudera...

12 tengahri tepat, gua menemui geng2 seachild di Jeti baru Ocean view yang tersergam indah, port baru pertama kali seachild casting, view memang spectacular, macam tinggal di switzealand saja feel mancing kat situ. Sampai2 kat port, gua tgk budak2 seachild sibuk pasang joran masing2. Ahli seachild yang baru turut serta, zaini dan azman, dua budak yang naif tapi cekal (ayat tidak menggambarkan kehenseman mereka) yang lain macam biasa ril dan pakcik. Mana pegi ayie..? balik manjung gua terdengar khabar angin, lantak lu la ayie, lu tak dapat tengok sejarah seachild.

port baru yang indah, mcm negara mat salleh tak..??

Tapi apehal gua tak bawak joran..?? ceh... gua terus ke port dari tempat gua mengalami kesusahan.. gua pulang dengan perasaan berkobar-kobar untuk mendapatkan joran gua.. gua janji dengan geng seachild 3 minit gua sampai. Setibanya di rumah gua mula lupa janji, gua meneruskan agenda bersarapan dengan roti bertemankan jus oren twister yang ada jual kat KFC tu. Gua tgk jam, dah setengah jam... gua pun dengan semangat yang kembali berkobar memecut ke port, banyak pula halangan traffic light dalam perjalanan gua kali ini.. ceh tak demokrasi langsung sistem perjalanan lalulintas di negara ini, dah tau gua lambat, tukar la lampu hijau cepat2..

Setibanya di port, budak2 lain sibuk dengan joran masing2, smpai gua di buat tak tau sahaja, gua dengan muka yang kesayuan meminta jasa baik ril memasangkan mata di jorang gua, gua bukan tak reti cuma gua sedikit gusar kalau-kalau ikatan gua kurang kemas saja, kang ikan-ikan di lautan gelakkan joran gua plak. Gua bertempik dengan nada keras "haa... amacam... ada hasil tak..??" "tak...!!!" sayu je semua jawap serentak. Lepas seketika, zaini ahli terbaru dalam seachild mendapat tangkapan sulungnya... anak ikan duri yang tak berapa comel... "ahhh..lega... berjaya juga aku mendapat lesen untuk menyertai geng memancing terbaik rantau samudera termasuk sulawesi tengah, seachil.." zaini berteriak girang. Gua, ril dan pakcik sebagai ahli tersenior seachild mengalu-alukan kemasukan zaini ke dalam seachild secara rasmi. Azman membuat muka sayu, mengenangkan nasibnya yang masih kabur dan suram. Lepas beberapa minit, zaini berteriak girang lagi... si duri lagi... "..ceh, baru masuk seachild dan sama ranking dengan gua.." tempelek hati kecil gua.. Tak lama selepas itu pakcik pun mendapatkan seekor duri, besar skit je dari ikan bilis, pakcik tidak menunjukkan tanda2 gembira, ikan kecik macam tu kucing pun takda selera, maka duri dilepaskan ke lautan agar ia dapat membesar dan beranak pinak. Selang 10 minit, zaini sekali lagi bertarung dengan menggunakan joran 1 ball beering nya, berpeluh jugak gua tgk dia bertarung, akhirnya dia berjaya menawan ikan duri sebesar ikan emas dalam akuarium sekali lagi.. maka secara rasminya, zaini digelar "king of duri" dalam seachild. Satu penghormatan buat ahli baru sepertinya.
macam-macam aksi.. ada yg tido... duduk.. berdiri...

Walaupun banyak tangkapan tapi semuanya duri yang dilepaskan balik, tapi ada seekor tu gua tak lepaskan, gua letak sebagai menandakan jajahan seachild di jeti ocean view tu. Azman tiba-tiba kelihatan bergelut dengan jorannya, gua syak dia mendapat ikan besar, tapi duri jugak yang dinaikkan. Sekurang-kurangnya azman mendapat restu ahli senior seachild untuk secara rasmi digelar SeaChild. Ril mula kebosanan, gua jangan cakap la lagi bosan, pakcik pulak girang mendendangkan lagu2 rock yang disumbangkan oleh suaranya. Kami sepakat mencari port lain.
duri dalam daging... dilepaskan pergi..

Seachild yang semakin berkembang dengan ahli2 baru, menuju ke port yang lebih baik, port belakang tesko, ril yang menamakan port itu, gua berselisih paham jugak dengannya pasal nama tu, sebab gua rasa bukan belakang tapi tepi. Masing-masing memulakan langkah kanan, memasang umpan dan melempar sejauh mungkin. Harapan menggunung disasarkan.
The Seachild...

Hanya ril dan gua tiada lagi tangkapan untuk hari ini, tetiba aril bersorak girang dengan tangkapan gerut-gerutnya, gua menunjukkan reaksi menyampah dalam hati, mana taknya.. tinggal gua sorang ja takda rezaeki, selalunya bila casting gua la orang pertama murah rezeki, selalunya gua yang bersorak girang disambut muka menyampah geng yang lain. Nak buat macam mana, bukkan rezeki gua hari ni.
aksi manja aril dengan gerut-gerut kesayangannya.. mcm ada apa-apa ja..??

acara berkongsi makanan, azman belanja....

Ril meneruskan pancingannya dengan semangat mebuak-buak,gua macam biasa semangat suam-suam kuku saja, gua mana reti main2 pancing ni..?? gua ikut orang saja. Tiba-tiab semua orang menjadi kaget dengan aksi ril yang berdrama swasta di tepian pantai berbatu, gua berserta geng yang lain bertempik mengetawakan ril yang bersungguh-sungguh bertarung dengan lautan samudera, gua mati-mati ingat dia berdrama, tapi aril tidak mempedulikan itu semua, di terus dengan pertarungan sengitnya, dia mengarau jorannya, tapi hanya sedikit sahaja yang di naikkan, dia mengarau lagi, kali ini dengan aksi yang lebih bersungguh-sungguh macam orang nak kait kelapa muda, jorannya kelihat bengkok, gua bertempelek.... "woi.. sudah la berlakon tu.. sangkut batu tu.. lu tarik kuat-kuat sikit.." aril terus tidak mempedulikan gua sebagai ketua ICT... setelah beberapa minit bertarung dengan spesis yang menjadi misteri itu, akhirnya.... aril menawan seekor semilang yang sangat besar.... gua jadi terkejut, terperanjat dan tidak keruan, begitu juga dengan ahli yang lain, seachild mencipta sejarah tersendiri dengan tanggkapan aril ini, seekor semilang yang besar, sihat dan menyimpan banyak telur yang sedap jika dimasak gulai. Gua syak lebih sekilo tangkapan ril kali ini, gua jadi bangga dan kagum, gua tak sangka seachild pun boleh dapat ikan besar dengan hanya memancing di tepi pantai, selalunya dapat anak-anak ikan sesat saja. Gua mula menangkap gambar post-post menarik ril dengan tangkapan bersejarahnya, gambar-gambar ini akan diabadikan dalam buku sejarah kaki-kaki pancing amatur di masa hadapan. Maka secara rasminya, seachild dah berhak menuntut peruntukkan kerajaan untuk memancing di tengah lautan. Aril kepenatan, gua lihat tangannya menggigil, dah la kalau tak da apa pun dia ni memang jenis yang mengeletar, ini kan pula dia beraksi dengan semilang yang berat di hadapan cybershot gua.. lama plak tu, tak sanggup nak letak bawah gamaknya.

aksi ril menunjuk riak...

berapa bnyk berat daaa....
(cuba lihat foto ini btl2.. ini dipanggil teknik one third photography...hahaha)

Kami berdua terus ke surau, tanda kesyukuran. Ahli lain meneruskan perjuangan. Dah pukul 4.30, kami pulang ke port mendapatkan geng-geng lain, ada jugak hasil tangakpan zaini di port baru ini.. seekor gerut-gerut sihat. Gua mula bangga bercampur pilu, bangga geng2 baru pun dapat banyk hasil, pilu mengenangkan nasib gua yang jatuh di timpa tangga, gua redha.. Azman turut menambah duka di hati gua dengan tangkapan belukangnya.
belukang yang ditawan azman

Setelah kepenatan tanpa sebarang hasil, gua mengambil kata putus untuk pulang beristirehat di rumah, lagipun masalah gua yang pagi tadi masih tidak disetel. Ahli-ahli lain terus dengan semangat waja mereka, gua menaruh kepercayaan yang tinggi pada mereka.

Hari ini, 4 oktober 2009, seachild melakar sejarahnya yang tersediri, dengan tangkapan melebihi 10 ekor ikan dan tangkapan maut seekor semilang dewasa. Kami Seachild.. menuju samudera, InsyaAllah kami akan berjaya....

Friday, October 2, 2009

PERHATIAN......

Kepada semua Critical Seachild....Esok hari bersamaan 3hb okt akan diadakan Program pancing memancing kita...harap dapat meng"kompomkan" kehadiran anda...Harap Maklum...Thanx

Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN


Saya bagi pihak semua
Seachild memohon seribu keampunan dan kemaafan andai kami terkasar bahasa, terlebih kata, terkurang ajar mahu pun terkelentong tak semena-mena kepada semua para pengunjung setia blog yang kerdil ini dengan ucapan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Wednesday, August 26, 2009

Gembira Dalam Kecewa??

15 Syawal, Projek Rahsia...Sepatutnya aku patut postkan benda nih sebelum Ramadhan tiba lagi...tp aku xsempat siapkan ayat yg sedap di tatap oleh semua pengunjung Cseachild...


Ceritanya begini..Beberapa ari sebelum Ramadhan....."woiiii...masuk bilik meeting" sergah Sir..."sejak bila ada Cseachild ada bilik meeting nih, buat tebiat ka apa??" Aku masih kepelikan..."ala bilik meeting gelap kita pinjam" Sir sambung semula..."owh ok no hal"semua balas (Zaini, Zakir, Ayie tak terkecuali Aku)....Kami bermesyuarat bagai nak Riak jap...tp aku masih tertanya2 napa Fir xpenah ada klau ada perbincangan cmni....??? Mmg nak kena Ketua ICT nih..Abis perbincangan byk yg kata setuju 'plan' menawan di lautan indah Pulau Mutiara nih...Aku terus mendapatkan Fir...setelah bercerita panjang aku dpt 'feedback'...apa agaknya?? (teruskan membaca)

Ptg tu Aku tnya sekali lagi pada Cseachild...byk kata ok..ada kata mai lmbt skit, tp sebagai Ketua ICT yg memainkan peranan men'sponsor' kamera tuk mngambil gamba & mengambil gamba Cseachild memberi jawapan "tidak" katanya baru beberapa ari ja datang keja dlm seminggu..byk keja tertangguh...pehhhhh..alasan yg sgt kukuh..selalunya alasan nih digunakan oleh Pensyarah..
disambung lagi..."klau ok tengahari aku sampai la"...jawapan standard untuk bgtau xkan mai...
Cseachild kekurangan seorg bagi projek RAHSIA nih...mlmnya aku memeriksa segala peralatan aku...henpon aku terima message..Ayie mengkompomkan xjadi ikut sama...arghhh kekurangan sorang lagi...aku cuba hubungi Sir...Dia on ja...

Esoknya seperti dirancang....klau xsilap aku plg kurang 5 org nak gi...tp pagi nih 2 org ja tinggal...Aku n Sir...Sedih pon ada..Frust pon ada...tp mcm aku katakan...Kalau takut dilambung ombak, jgn sertai Cseachild..kami berdua berpegang pada kata2...bila aku lihat balik...sesuai la ngan nama geng kami pon CRITICAL..blum lagi sempat mencipta nama di lautan atlantis dah bermacam2 ragam n pe'el...aku harap CSeachild akan lebih berdisiplin & bsemangat kental..kami teruskan perjuangan pg itu berdua dengan mencari umpan di Market Tmn. Tun Sardon...hehehe umpan kerang & udang. Kami teruskan perjalanan ke destinasi kami...Pantai Shamrock...

Sampai ja...trus siapkan peralatan...sangkut umpan n humban dlm lautan yg sedang bergelora...dlm bersiap menunggu kalu2 ada ikan tsangkut...kami melihat alam semulajadi yg terpampang indah...tp diselang-seli pencemaran botol2, plastik, selipar zaman jepun..tensen ja tgk...xsempat berkhayal lagi...joran aku ditarik kuat...tandanya mcm ikan besaq nih...susah jgak machine aku yg 3 ball bearing nih nak digarau...akhirnya dpt jgak aku tawan ikan puting damar (berbulus)
alhamdulillah...1st time dpt besaq nih..

Sir pon jeling ja...apapasai aku xdpt nih..."adala nnti"kata aku dgn sedikit agak gembira..mana tak nya baru ja letak dah disambaq...pasang balik umpan...terus humban kerang lagi...hihi gayat kerang tuh...org ckp klau dpt ikan td...baling balik kat tempat yg sama jgak..sbb dia mai bkumpulan..pastu duduk tempat yg sama... xsempat 2-3 minit...joran aku ditarik lagi...berat yg sama...
Ikan yg saiz sama...n berat lebih kurang..

Wlaupon rezeki agak murah...tp aku sedikit kecewa..coz geng CSeachild byk yg xdpt mai...bincang bagai nak rak...huhu...dlm aku sibuk humban umpan lagi...ttiba kat kaki aku yg dah dicecah air laut..yg semakin meninggi..aku nmpak mcm ikan kecik yg mati...byk plak..lantas aku kata kat Sir..."Sir tgk la sikap nelayan tak hargai ikan langsung...ikan kecik ja buang..hampeh" tp bila aku perati balik..."ehhh...Sir umpan udang kita mana?" "hah...ilang..." Sir balaas... "arggghh...udang kita la yg hanyut tu..." bdosa lak aku kat nelayan kat situ...huhu sory la abg nelayan.....
Dua ekor ja tinggal????.. nilah baki umpan udang kami..

Nilah...umpan kerang...bakaq pon best jgak...haha

Baru aku mngenang nasib umpan udang aku...yg mungkin dimakan 'free' oleh ikan2 kat pantai Shamrock tu...Sir mula memula aksi..."ada nih" ayat standard bila joran ditarik..."ye...yee" digarau...terus garau...akhirnya berjaya menawan ikan gelama...
"mmm...goreng pon sodap..."

Dalam kami meneruskan plan rahsia kami nih...ttiba air laut makin tinggi...memaksa kami berpindah ke kawasan yg lebih tinggi...atas batu berdekatan...klau tak silap air laut pasang 2.9m...tp ia langsung tak mngubah semagat kami yg makin bersemangat...wlaupon pada awainya dipatahkan oleh geng CSeachild yg lain...sedih wooo..."hah dapat" aku jerit kat pakcik..."amik gambaq buat bahan bukti tuk naikkan ranking" aku menambah lagi hehe...
"gelama...kecik ja...mau kena gelak ngan mak aku..."

Air laut makin tinggi...Fir sms mendapatkan berita terkini..aku khabarkan berita gembira...tentang ikan yg berjaya ditawan..."Rillll aku dtg...tunggula aku" camtula bunyi sms Fir...merayu konon..." aku balas "mmm lain kali la, takyah ar mai..sapa la CSeachild kan?" dan terus menerus aku sms dia...dgn nada yg kecewa...huhu...ahhh tinggai sat la crita antara aku n Fir layan keindahan alam kat sini lagi best...
Batu yg kelihatan tu la tmpat biasa kami lepak..tp ari ni kami terpaksa mengalah

Sir pon dah berpindah tempat...yg lebih strategik...bila air laut makin pasang...makin sukar mngenalpasti tempat berbatu...byk kali gak sangkut...mau xmau terpaksa jgak bekerja keras mngeluarkan ladum yg tersangkut batu...

Jauhnya termenung kat port baru...

Dalam menunggu terus menunggu....terus menunggu lagi...lagi...dan lagi...masih lagi takdak tanda2 joran disambar ikan besaq....huhu...taste tinggi nmpak..aku mengajak sapa2 la yg tensen..sebab keja ka, masalah dalaman ka, apa2 ja, dari wat keja tak berpaedah...apa kata gi memancing cam kami...sekurang2nya dapat ilangkan serabut dikepala...alhamdulillah itulah namanya KETENANGAN...
BERSAMBUNG