Ranking ni adalah idea asal gua dan rilz, lepas Critical SeaChild ditubuhkan, gua fikir tak best kalau setakat nama je yang gempaq, kalau ada pertandingan ala-ala fear factor baru ada thrill, so kitorang putuskan setiap ikan yang ditawan oleh seachild akan dirankingkan untuk menentukan tahap skill crew-crew seachild.
Ranking ni bukan gua suka-suka kasi.... tapi gua dapatkan persetujuan geng-geng yang lain dulu, untuk pengetahuan luorang... nak masuk dalam ranking ni... ada dia punya syarat-syarat dan spesifikasi yang dipersetujui oleh semua seachild melalui cakap-cakap kosong kat kedai pak sarip. Gua takda masa nak adakan mesyuarat dalam bilik mesyuarat ofis gua yang besar tu, mana gua nak carik duit jamu kuih karipap dengan tea-o sejuk?
Ikan-ikan yang boleh dimasukkan dalam ranking mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
- Ikan air masin, air tawar, air kolam, air paip dan tali air kat sawah. Ikan akuarium? nak kena terajang?
- Ikan yang sihat bentuk badan dan fizikalnya, ikan takda sirip yang kena makan jerung atau ikan yang ada sakit batuk kering tidak dikira.
- Ikan yang dapat dikenalpasti spesis dan jantinnya. Takkan lu orang tangkap berudu nak gua masukkan dalam ranking kot?
- Ikan yang boleh dibuat gulai, digoreng atau dipanggang untuk dibuat makan-makan. Ikan yang tak boleh makan tak diambil kira. Woi.. buntal dengan belacak tak kira woiiii...
- Syarat-syarat lain akan diupdate dari semasa ke semasa, lu orang kalau ada idea boleh kasi tau gua... gua pertimbangkan
THE RANKING :
1
Rilz
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 11
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : ikan lembu, gelama, bebulus, sembilang, gerut-gerut
2
Firazzurri
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : senangin, ikan lembu, ikan duri
3
Sir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 8
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : Gelama, ikan duri
4
Ayie
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 4
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : ikan lembu, gelama
5
Kir
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 0
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : belum ada woi... blur
6
Hadi
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 3
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : ikan lembu, gelama
7
Zaini
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 5
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : ikan Duri, Gerut-gerut
8
Azman
Jumlah ikan yang ditawan setakat ini : 2
antara spesis ikan yang berjaya dinaikkan : ikan Duri, Belukang
2 cakap-cakap kosong...:
bro cadangan gua buat waktu ni ditarik balik semua spesis ikan melainkan air masin...ikan kolam xbest....yg kedua setiap kenaikan ranking mesti ada saksi sekurang2 sorang pengasas seachild dan beserta gamba....
cadangan lu yang no. dua tu gua setuju, mmg perlu ada saksi beserta gamba, yang cadangan air masin tu tkleh nk implement la sbb citarasa memancing kita kan berubah dari semasa ke semasa, mana tau esok2 kita ke lubuh kat balik pulau, gua dengar kat sana banyak awek cun.. ehh ape dah awek.. gua dengar kat sana banyak ikan air tawan.. anaconda pun best gak kalau macing...
Post a Comment