Assalamualaikum....
Gua bukan nak cerita bukan-bukan kat sini, tujuan gua dan geng gua bukak ini blog nak mendedikasikan kisah kecintaan kitorang pada alam semula jadi, kitorang memang jenis penyayang dan penyabar tapi kebanyakan masa geng-geng gua lebih kepada penerajang dan paranawei, tapi itu semua dh tak penting sebab kitorang bergabung under satu Label skarang, CRITICAL SEACHILD atau dalam bahasa kamus yang lebih kemelayuan di sebut ANAK LAUT KRITIKAL (kadang2 terlebih kritikal smpai wad icu kat GH pun tak mau trima kitorang)
CRITICAL SEACHILD ni tugas utama dia adalah memancing ikan, tapi pada pengamatan gua kebanyakan masa kitorang bertugas memberi ikan makan secara percuma dan berpakej. Hidangan yang disaji plak bukan main enak, trmasuklah udang segar yang nak buat goreng char keow teow, kerang mentah yg sedap kalau direbus atau dibakar dan macam2 jenis umpan yang selalunya di buat makan seafood untuk diner sahaja. Itu tak menjadi hal, asalkan kitorang boleh kacip dengan ikan, KFC atau burger Bro Askme bukit gedong pun boleh dihidangkan sebagai umpan.
CRITICAL SEACHILD ni baru ditubuhkan dalam 11 saat yang lepas, dapat jer nama, gua dah tak sabar nak berblog, gua trus bukak google account satu dan blog satu, punya semangat nak cerita pengalaman team kitorang memancing dan memberi ikan makan secara percuma dan berpakej.
Gua dah tak sabar nak gi memancing ni... balik karang nanti gua bersama geng2 gua mengisahkan apa yang terjadi di selat melaka port kitorang pancing, penah skali kitorang pancing, skit lagi tangsi atau dlm istilah saintifiknya dikenali sebagai line nak sampai pulau sumatera dh, slamat gua sempat garau balik, kalau tak nak kena naik turun mahkamah seksen aceh plak, nak setel kes mata kail gua tercucuk nelayan kat banda aceh tu.
Bagi kutu2 yang suka ikuti perkembangan air pasang surut, stastistik taburan ikan dan spesis2 ikan yang baru di perairan selat melaka, lu orang boleh trus terjah masuk ke blog ni pada bila-bila masa yang lu orang pikirkan berpatutan...
Wednesday, August 5, 2009
Permulaan Sebuah Kembara....
kategori critical seachild, fishing
digarau oleh : Critical SeaChild pada 10:39:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 cakap-cakap kosong...:
Post a Comment